TGScope
Settings
Theme
PersonAnwar IbrahimAugust 2026

Anwar Ibrahim — August 2026

What Telegram channels wrote about Anwar Ibrahim in August 2026: 13 posts from 3 channels, collected automatically from public Telegram channels.

13 posts·3 channels

Top story

most viewed post
🔥 Most popular

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗣𝗔𝗥𝗢𝗦𝗞𝗢𝗣𝗜 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗜𝗙 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗛𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗧 (𝗣𝗔𝗥𝗔-𝗨𝗠𝗕𝗜𝗟𝗜𝗖𝗔𝗟 𝗛𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔)

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia). Prosedur tersebut berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.

Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.

𝗗𝗔𝗧𝗢' 𝗗𝗥 𝗔𝗦𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔 𝗕𝗜𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜𝗔𝗛 Ketua Pasukan Perubatan Kepada YAB Perdana Menteri 10 Ogos 2026

More from other channels

13 posts total

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan seramai 54 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Nepal.

Menurut beliau, Kerajaan Madani menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan menggembleng segala ikhtiar yang diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan.

Beliau turut menyeru orang ramai mendoakan agar kesemua mereka segera ditemui dalam keadaan selamat dan segala usaha mencari serta menyelamat dipermudahkan.

Aug 27, 03:45 AMMore from @ohmedia

Pengasas dan Pengarah Urusan Weststar Group, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Helikopter Malaysia’, dianugerahkan Tokoh Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1448H 2026M.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M yang berlangsung hari ini.

Aug 25, 04:41 AMMore from @ohmedia

Zhu Rongji, former Premier of the People’s Republic of China, has passed away at the age of 97. China has lost one of the great architects of its economic transformation, and I have lost a good friend. It was Zhu’s reforms that helped accelerate China’s extraordinary rise as an economic superpower.

In the 1990s, Zhu and I worked together to deepen economic and financial ties between Malaysia and China. Much of what we built in that era still underpins our relationship today. Yet my own memories of him go well beyond affairs of state. It was Zhu who arranged for me to visit Confucius’s home village, not to mention the majestic Tai Shan, and the historic sites associated with Admiral Zheng He. On another occasion, during a visit to my home library, he surprised me with several Chinese classics he had personally selected. I still have them to this day.

Zhu was a formidable statesman, but I will remember him above all as a man of great character, driven by a fierce sense of duty to his nation. My deepest condolences go to his wife, his children and to the people of China.

ANWAR IBRAHIM

Photo: AP

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas selesai menjalani rawatan.

Isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

Aug 12, 06:46 AMMore from @ohmedia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuri perhatian ramai menerusi satu perkongsian di media sosialnya yang menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerana sentiasa berada di sisinya.

Rata-rata netizen membanjiri ruang komen dengan doa dan kata-kata semangat buat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar terus diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan proses pemulihan.

Aug 11, 10:36 AMMore from @ohmedia

I was saddened to learn of the devastating earthquake that struck western Colombia yesterday, the most powerful to strike the country in decades. On behalf of the Government and people of Malaysia, I extend our condolences to the families of those who have lost their lives, and our sympathies to all those affected.

Malaysia stands in solidarity with the people of Colombia at this difficult time. We pay tribute to the rescue workers and volunteers who continue to search for survivors amid continuing aftershocks, and pray for the swift recovery of the injured and the safe location of those still missing. We join the international community in wishing the Colombian people strength and resilience in the days ahead.

ANWAR IBRAHIM

The Honourable Prime Minister Tarique Rahman has conveyed his prayers and warm wishes for the speedy recovery of the Honourable Prime Minister of Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“I pray that the Honourable Prime Minister of Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, makes a speedy and full recovery. May Allah bless him with lasting health and strength. The people of Bangladesh join me in conveying our warmest wishes to our nation’s valued friend.”

-Tarique Rahman Prime Minister of Bangladesh https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02RFnbgGG4uoMw5bArJEuomrWjtKLeJMF7nP8mzRCgCFPoo852mEt1FEfQXv5bXKM1l&id=100044368151924&mibextid=Nif5oz

Aug 11, 05:33 AMMore from @bnpbd_org

Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) meminta persidangan itu ditangguhkan berikutan ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pihak pembangkang berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya hadir sendiri untuk memberi penjelasan, malah ketiadaan beliau diibaratkan seperti mengadakan majlis perkahwinan tanpa ‘pengantin’.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menegaskan perbandingan tersebut tidak tepat memandangkan Timbalan Perdana Menteri turut hadir.

Aug 11, 04:09 AMMore from @ohmedia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau serta ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-79, semalam.

Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat menyertai Sidang Khas Dewan Rakyat untuk membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji.

Aug 11, 02:41 AMMore from @ohmedia

KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI

YAB PERDANA MENTERI HARGAI DOA DAN INGATAN, IKUTI BAHAS SIDANG KHAS RCI TABUNG HAJI

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau, serta atas ingatan dan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-79 pada Isnin.

Alhamdulillah, keadaan kesihatan YAB Perdana Menteri semakin baik dan beliau akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.

Pada masa sama, YAB Perdana Menteri turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Sidang Khas bagi membahaskan Laporan RCI Tabung Haji dan mendoakan agar persidangan berjalan lancar. Beliau akan mengikuti perbahasan secara dekat demi memastikan amanah institusi umat Islam ini terus dipelihara.

TUNKU NASHRUL ABAIDAH Setiausaha Akhbar Kanan Kepada YAB Perdana Menteri 11 Ogos 2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat menjalani pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia), hari ini.

Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.

Semoga PMX diberikan kesihatan yang baik, dipercepatkan proses pemulihan dan dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.

Aug 10, 09:03 AMMore from @ohmedia

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Beliau dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur YAB Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah.

𝗧𝗨𝗡𝗞𝗨 𝗡𝗔𝗦𝗛𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗕𝗔𝗜𝗗𝗔𝗛 Setiausaha Akhbar Kanan Kepada YAB Perdana Menteri 10 Ogos 2026