AGIHAN BARANGAN WAKAF SURAU AL-FUQRON MRSM SEMPORNA
Alhamdulillah, pada 30 Julai 2026 Yayasan Ikhlas Semporna telah menerima barangan wakaf daripada Surau Al-Fuqron MRSM Semporna untuk dimanfaatkan di pusat-pusat pendidikan yang memerlukan.
Barangan wakaf ini telah diagihkan kepada: 📍 Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda Pekan 2 📍 Kelas Kampung Bubul Airport 📍 Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda Kampung Sri Kuala Bibang
Antara barangan yang diterima dan diagihkan ialah: 🕌 Sejadah hijau 🟥 Karpet merah (sejadah) 📚 Rak buku 🪵 Tongkat khatib Jumaat 📖 Surah Yasin
Semoga segala sumbangan ini menjadi amal jariah yang berterusan buat para pewakaf serta memberi manfaat kepada para pelajar dan masyarakat setempat.
Jazakumullahu khairan kathira kepada pihak Surau Al-Fuqron MRSM Semporna atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Semoga Allah SWT menerima setiap amalan dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda. 🤲