JUJUR, SIAPA PERNAH GIVE UP?
Impian itu masih ada, tetapi usaha sudah tak seperti dahulu. Kita masih kata nak berjaya, nak sihat, nak ubah kehidupan. Tetapi bila tengok apa yang kita buat setiap hari, semakin sedikit tindakan ke arah itu. Pernah rasa macam ini?
Bagi saya, ada 3 cabaran besar dalam mencapai impian. Itu pun jika kita masih ada impian yang mahu diperjuangkan.
1. IMPIAN TIDAK CUKUP BESAR.
Impian perlu cukup bermakna untuk kita sanggup bersusah payah mencapainya. Apa sebenarnya yang kita mahu ubah? Kehidupan keluarga? Kesihatan? Masa depan bisnes? Bila kita sendiri tak jelas kenapa ia penting, mudah untuk kita rasa usaha itu tak berbaloi setiap kali berdepan kesukaran.
2. RASA DAH CAPAI, LALU BERHENTI BERGERAK.
Dulu bila kita susah dan baru bermula, kita sentiasa dalam “kelaparan”. Lapar untuk belajar, mencari peluang dan mengubah kehidupan. Kita sanggup bertanya, menerima teguran dan mencuba berkali-kali kerana kita tahu keadaan tak akan berubah kalau kita tak buat sesuatu.
Bila hidup semakin selesa, “kelaparan” itu mula hilang. Kita kurang belajar, kurang mencuba dan lebih mudah bertangguh. Kita masih mahu hasil yang lebih besar, tetapi semakin kurang sanggup melalui ketidakselesaan untuk mencapainya. Cuba fikir, apa yang dahulu kita sanggup buat untuk maju, tetapi hari ini kita sudah berhenti lakukan?
3. SANGSI DAN RAGU-RAGU DENGAN KEMAMPUAN DIRI.
“Boleh ke aku? Dah terlambat ke? Kalau gagal lagi macam mana?” Pengalaman kecewa boleh membuat kita takut mencuba semula. Mulakan dengan satu tindakan yang mampu kita selesaikan hari ini. Dari situ, kita belajar, nampak kemajuan dan perlahan-lahan membina semula keyakinan.
Gambar ini mengingatkan saya kepada perjalanan kesihatan saya. Dari 136kg dahulu, perubahan itu mengambil masa. Saya masih belum sampai ke sasaran saya. Ada latihan yang perlu dibuat dan pilihan makan yang perlu dijaga. Pencapaian semalam tak boleh menggantikan usaha hari ini.
YOU ARE YOUR OWN COMPETITION. Hargai progress dan bukan perfection. Kalau hanya melihat sejauh mana lagi kita perlu pergi, mudah untuk rasa kecewa. Sekali-sekala, lihat juga sejauh mana kita sudah datang. Kemajuan itu bukti bahawa usaha kita ada hasil, walaupun perjalanan belum selesai.
Jujur, apa satu impian yang anda masih mahu capai—dan apa yang anda sanggup buat hari ini untuk mendekatinya?
#AzizanOsman #YourOwnCompetition #ProgressNotPerfection #Impian #Usaha