Bersama Membina Gaza di MRT 4.0
Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat para Nabi dan kiblat pertama umat Islam serta salah satu masjid yang sangat digalakkan untuk diziarahi dan menunaikan solat di dalamnya.
Malangnya sejak penguasaan rejim zionis ke atas Baitul Maqdis, kesucian Masjid al-Aqsa sering dicemari. Pelbagai usaha dilakukan oleh rejim untuk menafikan hak umat Islam terhadap Masjid al-Aqsa.
Rasulullah SAW pernah ditanya oleh Maimunah ra, pembantu baginda SAW: "Wahai Rasulullah, berilah fatwa kepada kami tentang Baitul Maqdis. Baginda SAW bersabda: "Datangilah ia dan solatlah di dalamnya. Maimunah berkata: "Bagaimana (untuk datang dan solat) dengan keadaan Rom berada di dalamnya? Baginda SAW bersabda: "Jika kamu tidak mampu (untuk pergi ke Baitul Maqdis) kirimlah minyak ke sana untuk dinyalakan lampu-lampunya." (Riwayat As-Sakhawi)
Maka, ia menjadi menjadi kewajipan setiap orang Islam mengambil cakna dan membantu Palestin semampu mungkin. Antaranya termasuklah memastikan umat Islam di Palestin terus didamping dan perjuangan mereka membebaskan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman rejim Zionis disokong.
Kempen RM5 untuk Palestin adalah inisitif untuk menyokong usaha MyCARE menyalurkan bantuan makanan, air bersih, kesihatan, pendidikan dan banyak lagi kepada rakyat Palestin di Gaza.
Serendah RM5, insyaAllah semua mampu menyumbang. Yang penting bukan saiznya, tapi ikhtiar yang kita mulakan. Allah SWT takkan ubah nasib kita selagi kita sendiri tidak lakukan perubahan. Kita merancang. Allah yang tentukan.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom menyumbang dan jangan lupa kongsikan kepada orang lain supaya semua dapat bersama-sama membina semula Gaza.
Sumbangan boleh diberikan melalui QR Code atau pautan berikut:
▶️ https://donate.mycare.org.my/default?single_campaign=1&campaign_id=349
"Nurturing Humanity, Making a Difference."
#rebuildgaza #binasemulagaza #mycare #humanitarian #kemanusiaan